Tajuk : Langkah-langkah Untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".
Hadirin sekalian,
Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pihak yang mencemarkan alam sekitar supaya mereka serik untuk mengulangi perbuatan tersebut.
Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Hadirin sekalian,
Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.
Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap prihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Hadirin sekalian,
Tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.
Tajuk : Kebersihan Diri
Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah sentiasa bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Selain itu, cara pemakanan yang seimbang amat penting untuk diamalkanseperti mengambil makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijaui manakala air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Di samping itu, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual seumpama ini mampu membantu mengesan penyakit ketika di peringkat awal dan lebih mudah untuk menyembuhkannya. Nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menjmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang bahagia, penuh ceria dan berharga kepada diri dan juga keluarga.
surat Aduan
No. 23,
Jalan Inderapuri Utama,
Taman
Inderapura,
25000
Kuantan,
Pahang.
____________________________________________________________
Penghulu,
Pejabat
Daerah Kuantan,
25000
Kuantan,
Pahang. 20 Mei 2011
Tuan,
Tempat
Pembuangan Sampah
Dengan
hormatnya perkara di atas dirujuk.
02. Bagi makluman pihak tuan, di taman
perumahan ini terdapat kira-kira 100 buah rumah kos rendah dan 50 buah rumah
kos sederhana. Rumah-rumah ini mula didiami pada bulan Januari yang lalu.
03. Saya ingin memaklumkan bahawa kawasan
perumahan ini tidak disediakan tempat pembuangan sampah yang mengakibatkan
sistem pembuangan sampahnya menjadi tidak teratur. Justeru, kawasan ini telah dicemari
oleh sampah sarap. Hal ini menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk
daripada timbunan sampah sarap tersebut. Kami juga mungkin terdedah kepada
bahaya wabak penyakit.
04. Pihak kami telah beberapa kali membuat
aduan kepada pihak berwajib namun aduan kami seolah-olah dipandang remeh
sahaja.
05. Justeru, kami merayu jasa baik tuan agar
dapat membantu kami menangani masalah ini. Kerjasama tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang
Benar,
(Jonathan
Jasri)
Wakil
Penduduk.
