Latihan 4

Arahan : Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Asma dikenali sebagai penykit lelah. Asma bukan pnyakit berjangkit. Penyakit ini disebabkan keradangan dan spasma (pengecutan otot secara mendadak) pada selaput dinding laluan udara. Lantaran itu, bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit.
            Lazimnya, pesakit asma mengalami sesak nafas apabila bermain atau bersenam. Ketika tidur pula, kita dapat mendengar dengan jelas pernafasan bersiul yang dialami oleh mereka. Kadang kala pesakit asma boleh pengsan akibat senaman berlebihan.
            Menurut kajian, antara 10 peratus hingga 20 peratus kanak-kanak mengalami penyakit ini. Memang penyakit ini sukar diubati. Akan tetapi, penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.
            Kanak-kanak menghidap asma sederhana akan sembuh apabila usia mereka mencapai 12 hingga 13 tahun. Antara 50 peratus hingga 60 peratus penghidap asma pula akan sembuh apabila usia mencapai 20 hingga 25 tahun. Sementara itu, hanya 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan sebilangan kecil sahaja yang akan sembuh.

1)     Apakah nama lain bagi penyakit asma?
A  Pengecutan otot
B  Keradangan
C  Spasma
D  Lelah

2)     Penghidap asma akan mengalami keadaan berikut jika banyak beraktiviti kecuali
A  pengsan
B  meradang
C  sukar bernafas
D  bronkiol menjadi sempit

3)     Bilakah penghidap asma mengalami nafas bersiul?
A  Semasa bermain
B  Ketika bersenam
C  Ketika berehat
D  Semasa tidur

4)     Pernyataan berikut benar tentang penyakit asma.
A  Tidak boleh diubati
B  sejenis penyakit berjangkit
C  Menyerang semua kanak-kanak
D  Akan sembuh apabila semakin dewasa

5)     Perkataan mendadak dalam petikan bermaksud
A  tiba-tiba
B  tergesa-gesa
C  perlahan-lahan
D  senyap-senyap

No comments:

Post a Comment