Latihan
3
Arahan
: Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
No. 23,
Jalan Inderapuri Utama,
Taman Inderapura,
25000
Kuantan,
Pahang.
____________________________________________________________
Penghulu,
Pejabat
Daerah Kuantan,
25000
Kuantan,
Pahang. 20 Mei 2011
Tuan,
Tempat Pembuangan
Sampah
Dengan hormatnya
perkara di atas dirujuk.
02. Bagi makluman pihak tuan, di taman
perumahan ini terdapat kira-kira 100 buah rumah kos rendah dan 50 buah rumah
kos sederhana. Rumah-rumah ini mula didiami pada bulan Januari yang lalu.
03. Saya ingin memaklumkan bahawa kawasan
perumahan ini tidak disediakan tempat pembuangan sampah yang mengakibatkan
sistem pembuangan sampahnya menjadi tidak teratur. Justeru, kawasan ini telah dicemari
oleh sampah sarap. Hal ini menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk
daripada timbunan sampah sarap tersebut. Kami juga mungkin terdedah kepada
bahaya wabak penyakit.
04. Pihak kami telah beberapa kali membuat
aduan kepada pihak berwajib namun aduan kami seolah-olah dipandang remeh
sahaja.
05. Justeru, kami merayu jasa baik tuan agar
dapat membantu kami menangani masalah ini. Kerjasama tuan amat kami hargai. Sekian,
terima kasih.
Yang
Benar,
(Jonathan
Jasri)
Wakil
Penduduk.
1)
Sejak bilakah taman
perumahan tersebut diduduki?
A Pertengahan tahun
B Hampir setahun
C
Akhir tahun
D Awal tahun
2)
Apakah masalah utama yang
diadukan dalam surat tersebut?
A Merebaknya wabak penyakit
B Bau busuk daripada pembuangan sampah
C Tiada tempat pembuangan sampah
D Pembuangan sampah tidak teratur
3)
Apakah kesan yang dialami
oleh penduduk akibat masalah yang dihadapi?
A Pencemaran udara dan alam sekitar
B Taman menjadi kotor dan berbau busuk
C Masalah bau, alam sekitar dan kesihatan
D Hubungan antara pihak berkuasa menjadi
renggang
4)
Apakah harapan penduduk taman
perumahan tersebut terhadap pihak berkuasa tempatan?
A Membersihkan sampah sarap
B Memberi perhatian terhadap aduan
C Memeriksa kesihatan penduduk
D Mengambil tindakan sewajarnya
5)
Rangkai kata dipandang
remeh dalam petikan bermaksud
A tidak diambil peduli
B kurang perhatian
C Tidak mustahak
D melihat sahaja
No comments:
Post a Comment